• Pengenalan
    • Majlis Ta’lim Mingguan
    • Biodata Guru
    • Sejarah Majlis Ta’lim
  • Pengajian Kitab
    • Diari Majlis Ta’lim
    • Majlis Ta’lim
      • Tafsir Al Quran
      • Riyadhus Shalihin
      • Bidayatul Hidayah
      • Peringatan Tentang Umur Insan
      • Syarah Hadis Jibril
    • Jalsah Isnin
      • Shahih Bukhari
      • Minhajul Abidin
    • Syamail Muhammadiyah
    • Akhlakun Nabi
  • Ceramah Umum
    • Habib ALi Zaenal Abidin al Hamid
      • Cinta Rasul
      • Umrah dan Ziarah
      • Fiqh Al Usrah
      • Fitnah Akhir Zaman
      • Istimewa Ramadhan
      • Soal Jawab
      • Lain-lain
    • Ulama’ Jemputan
  • Maulid Bulanan
  • Media
    • Terkini
    • Zikir
      • Ratib al Haddad
      • Wirdul Latif
      • Doa
    • Ramadhan
      • Doa Selepas Solat Terawih
      • Doa Selepas Solat Witir Ramadhan
      • Doa Bir al Walidain (Doa Ibu Bapa)
      • Khatam alQuran
    • Maulid Adh Dhiya Ul Lami’
    • Qasidah
    • Infografik
  • Artikel
    • Umum
    • Biografi
Majlis Ta'lim Darul Murtadza Majlis Ta'lim Darul Murtadza Setiap Jumaat, selepas Isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa
Go to...
  • Pengenalan
  • --Majlis Ta'lim Mingguan
  • --Biodata Guru
  • --Sejarah Majlis Ta'lim
  • Pengajian Kitab
  • --Diari Majlis Ta'lim
  • --Majlis Ta'lim
  • --Tafsir Al Quran
  • --Riyadhus Shalihin
  • --Bidayatul Hidayah
  • --Peringatan Tentang Umur Insan
  • --Syarah Hadis Jibril
  • --Jalsah Isnin
  • --Shahih Bukhari
  • --Minhajul Abidin
  • --Syamail Muhammadiyah
  • --Akhlakun Nabi
  • Ceramah Umum
  • --Habib ALi Zaenal Abidin al Hamid
  • --Cinta Rasul
  • --Umrah dan Ziarah
  • --Fiqh Al Usrah
  • --Fitnah Akhir Zaman
  • --Istimewa Ramadhan
  • --Soal Jawab
  • --Lain-lain
  • --Ulama' Jemputan
  • Maulid Bulanan
  • Media
  • --Terkini
  • --Zikir
  • --Ratib al Haddad
  • --Wirdul Latif
  • --Doa
  • --Ramadhan
  • --Doa Selepas Solat Terawih
  • --Doa Selepas Solat Witir Ramadhan
  • --Doa Bir al Walidain (Doa Ibu Bapa)
  • --Khatam alQuran
  • --Maulid Adh Dhiya Ul Lami’
  • --Qasidah
  • --Infografik
  • Artikel
  • --Umum
  • --Biografi
  • Pengenalan
    • Majlis Ta’lim Mingguan
    • Biodata Guru
    • Sejarah Majlis Ta’lim
  • Pengajian Kitab
    • Diari Majlis Ta’lim
    • Majlis Ta’lim
      • Tafsir Al Quran
      • Riyadhus Shalihin
      • Bidayatul Hidayah
      • Peringatan Tentang Umur Insan
      • Syarah Hadis Jibril
    • Jalsah Isnin
      • Shahih Bukhari
      • Minhajul Abidin
    • Syamail Muhammadiyah
    • Akhlakun Nabi
  • Ceramah Umum
    • Habib ALi Zaenal Abidin al Hamid
      • Cinta Rasul
      • Umrah dan Ziarah
      • Fiqh Al Usrah
      • Fitnah Akhir Zaman
      • Istimewa Ramadhan
      • Soal Jawab
      • Lain-lain
    • Ulama’ Jemputan
  • Maulid Bulanan
  • Media
    • Terkini
    • Zikir
      • Ratib al Haddad
      • Wirdul Latif
      • Doa
    • Ramadhan
      • Doa Selepas Solat Terawih
      • Doa Selepas Solat Witir Ramadhan
      • Doa Bir al Walidain (Doa Ibu Bapa)
      • Khatam alQuran
    • Maulid Adh Dhiya Ul Lami’
    • Qasidah
    • Infografik
  • Artikel
    • Umum
    • Biografi

Majlis Ta’lim bersama tetamu Istimewa – 29 Ogos 2014

  • By: editor
  • September 8, 2014
  • Diari Majlis Ta'lim
  • Comments Off on Majlis Ta’lim bersama tetamu Istimewa – 29 Ogos 2014
  • 3253 Views

بِسْمِاللّهِالرَّحْمَنِالرَّحِيْمِ

 


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Ta’ala yang memberikan kita rezeki menambah ilmu melalui satu lagi siri pengajian MTDM di bawah pimpinan guru kesayangan ramai, Al Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid. Majlis kali ini diserikan dengan kehadiran ulama jauh dan dekat iaitu Syaikh Hamza Yusuf dari California dan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Setinggi-tinggi rakaman terima kasih tidak terhingga kepada mereka semua yang sudi berkongsi mutiara-mutiara ilmu untuk pengajaran dan peringatan kita bersama.

Dr ZUlkifli 1

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri diberi penghormatan untuk membuka majlis dengan tausiyah ringkasnya. Pesan beliau yang utama ialah:

Talaqqi ilmu, yakni menuntut, mengkaji dan mempelajari ilmu daripada satu lembaran kepada satu lembaran, dan mengambil faedah daripada mulut para ulama, merupakan satu daripada cara yang baik dan sahih dalam mendapatkan ilmu, kerana jika belajar melalui pembacaan sahaja, kita kehilangan barakatul ilmu, barakatul talaqqi, dan barakah untuk mendapatkan ilmu yang benar.

Beliau juga gembira dengan perkembangan masyarakat sekarang ini yang membudayakan menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu selepas waktu Isyak. Sebelum menutup tausiyahnya, Dr. Zulkifli berpesan agar beriltizam dengan para ulama dan dalam menuntut ilmu.

10614303_709439042425269_2128281404670271103_n

Seterusnya, majlis disambung dengan tausiyah istimewa dalam Bahasa Inggeris oleh tetamu jauh – Syeikh Hamzah Yusuf. Banyak yang dikongsikan oleh Syeikh Hamzah, dan antara yang utama adalah seperti berikut:

  •  Di Barat, Islam tidak tersebar melalui perang atau paksaan seperti yang dipropagandakan oleh media Barat. Jika berlaku penaklukan oleh tentera Islam sekalipun, itu bertujuan mewujudkan kedamaian dan kelesamatan di kawasan itu, dan tiada paksaan dilakukan kepada seseorang untuk memeluk Islam. Ini terbukti dengan fakta bahawa Mesir hanya mempunyai separuh populasinya sebagai Muslim setelah 300 tahun, dan Imam Al-Subki telah menulis pada kurun ke-8 lagi bahawa umat Islam tidak berdakwah secukupnya kepada orang-orang Kristian.
  • Di Timur pula menariknya Islam tersebar melalui pendagangan. Orang-orang Islam datang berdagang dan menunjukkan sifat kasih-sayang yang tinggi – mereka berakhlak baik, tidak meletakkan harga yang tinggi, tidak tamak, suka melebihkan timbangan kepada pembeli dan suka bersedekah. Tujuan mereka yang sebenar bukanlah untuk keuntungan dunia, tetapi mereka inginkan keuntungan perniagaan dengan Allah yakni dengan berdakwah dan memperkenalkan manusia kepada Islam dan kepada kasih-sayang Allah dan Rasul-Nya.
  • Tujuan utama agama Islam adalah untuk menyatukan hati-hati umatnya. Oleh itu, jika berlaku kekhilafan atau perbezaan pendapat dalam masalah-masalah berkaitan kebiasaan atau adat sesuatu kaum, selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam, kita mesti berlapang dada dan menerimanya walaupun dalil mereka ialah dalil yang lemah. Oleh itu, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum apa yang orang lain buat sebagai bidaah atau sesat.
  • Orang-orang Melayu yang sebenar adalah bersifat rendah diri dan ini merupakan satu sifat baik yang boleh membantu seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan cepat.
  • Islam ialah agama kasih-sayang, dan sebab itu jugalah gelaran bagi Rasulullah ﷺ ialah Habibullah. Kasih-sayang dan cinta mempunyai tingkat-tingkat yang tertentu dan dipersilakan menonton penjelasan panjang lebar Syeikh daripada ramakan di atas 🙂
  • Fuqaha mengatakan yang mencintai Allah itu wajib, tetapi kalau terpaksa (wajib) itu bukan cinta namanya! Orang yang mencintai Allah akan dicintai Allah, dan orang yang mencintai pasti ingin menemui yang dicintainya. Jalan menuju Allah ada banyak, antaranya sedekah, ilmu, zikir, tahajjud, membantu dan menyayangi orang lain, dan rendah diri. Orang yang merendah diri, Allah akan angkat kedudukannya, tetapi orang yang sombong akan direndahkan kedudukannya.
  • Kita di Malaysia diberikan banyak nikmat oleh Allah SWT, dan ini wajib kita syukuri. Jangan biarkan masalah-masalah yang kita hadapi membutakan kita dengan nikmat-nikmat Allah yang banyak. Perbaiki masalah yang ada dengan hikmah, dan teruskan bersatu, jangan berpecah-belah.
  • Jangan lupa mendoakan hidayah dan taufik kepada pemimpin negara kerana apabila mereka berada di jalan yang benar, maka rakyat pun akan mengikuti jalan yang benar dan sebaliknya.

03

Sebelum majlis ditutup, guru kita Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid menyampaikan rumusan agar kita bersyukur dengan nikmat ilmu yang kita dapat, dan menjadikan matlamat hidup kita untuk mendapatkan kasih sayang Allah Ta’ala dan Rasul-Nya dan menyebarkannya pula sesama kita dan tak lupa kepada makhluk Allah Ta’ala yang lainnya.

Terlalu banyak lagi perkongsian-perkongsian ilmu yang tak mampu ditampung oleh secebis catitan ini. Oleh itu, untuk manfaat penuh, mohon luangkan masa untuk menonton rakaman-ramakan video di atas dan jangan segan-segan untuk berkongsi dengan yang lain kerana tanggungjawab orang yang mendapat ilmu ialah menyampaikan pula kepada yang lain. Jom sama-sama kita usahakan 🙂

Be Sociable, Share!
  • Tweet

Video rujukan berkaitan:

Majlis Maulid September – 5 September 2014 Tetamu Istimewa MTDM 20 April 2012 – Sheikh AbdulKarim Yahya Majlis Ta’lim 28 Mac 2014 Mengambil Manfaat & Hakikat Kasih Sayang, oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Previous Post Next Post

About The Author

editor

All Posts by : editor

Related Articles

Majlis Ta’lim 12 Julai 2019
Majlis Ta’lim 12 Julai 2019
  • July 24, 2019
Majlis Ta’lim 10 Mac 2017
Majlis Ta’lim 10 Mac 2017
  • September 21, 2017
Majlis Ta’lim 24 Feb. 2017
Majlis Ta’lim 24 Feb. 2017
  • September 21, 2017
Majlis Ta’lim 17 Feb. 2017
Majlis Ta’lim 17 Feb. 2017
  • September 21, 2017
Majlis Ta’lim 10 Feb 2017
Majlis Ta’lim 10 Feb 2017
  • May 30, 2017
Majlis Ta’lim 27 Januari 2017
Majlis Ta’lim 27 Januari 2017
  • April 22, 2017
Majlis Ta’lim 20 Jan 2017
Majlis Ta’lim 20 Jan 2017
  • April 3, 2017
Majlis Ta’lim 30 Sept. 2016
Majlis Ta’lim 30 Sept. 2016
  • January 11, 2017
Majlis Ta’lim 23 September 2016
Majlis Ta’lim 23 September 2016
  • October 18, 2016
Majlis Ta’lim 16 September 2016
Majlis Ta’lim 16 September 2016
  • October 17, 2016

Comments are closed.

Ikuti Media Sosial Rasmi Kami:


    Fatal error: Call to undefined function curl_init() in /home/daruaorg/public_html/wp-content/themes/Sakhr/includes/twitteroauth/twitteroauth.php on line 195