Maulid Akbar Majlis Ta’lim Darul Murtadza 1436H/2015

Maulid Akbar 1436H/2015

Assalamualaikum

Majlis Ta’lim Darul Murtadza dengan rendah diri menjemput semua untuk menghadiri Majlis Maulid Akbar tahunan untuk sesi 1436H/2015 bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 12 Rabiul Awwal. 

InsyaAllah, majlis bakal dipimpin oleh al Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid, pembimbing Majlis Ta’lim Darul Murtadza. Majlis terbahagi kepada dua iaitu Majlis Maulid Akbar serta Majlis Ihya Rabiul Awwal (Qiamulail). tentative majlis adalah seperti berikut:-

 

(A) Maulid Akbar MTDM 1436H/2015 :

Tarikh : 02/01/14 bersamaan 12 Rabiulawal 1436H.
Hari : Jumaat
Masa : Bermula jam 6:00pm.
Lokasi : Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, KL.

Aturcara Majlis:

• Perarakan Maulidur Rasulullah S.A.W bersama Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid (bermula jam 6:00pm).
• Bacaan Wirdul Latiff Al-Haddad.
• Solat fardhu maghrib berjemaah.
• Tausiyah 1
• Tausiyah 2
• Solat fardhu Isyak berjemaah
• Bacaan Maulid Adh Dhiya ul Laami (karangan AL-HABIB UMAR bin MUHAMMAD bin SALIM bin HAFIDZ) & dendangan qasidah dari Ahabbul Habib.
• Tausiyah 3
• Tausiyah 4
• Tausiyah Perdana daripada Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.
• Doa maulid (penutup).
• Jamuan & bersurai.

Perarakan Maulid Akbar 2015

Perarakan Maulid Akbar 2015

Maklumat Penting Tentang Perarakan

Perarakan MAULID AKBAR MTDM 1436H/2015 bersama Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Tarikh  : 02/01/15 @ 11 Rabiulawal 1436H
Hari      : Jumaat
Masa   : Bermula jam 6:15pm*
Lokasi  : 300m dari luar perkarangan Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, KL (sama seperti lokasi perarakan Maulid Akbar 1434H lalu). Rujuk poster yang dilampirkan.

* Mohon kerjasama para jamaah (lelaki sahaja) untuk berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan tepat jam 5:45pm bagi taklimat ringkas dari petugas.
* Bagi yang pertama kali sertai perarakan, insyaAllah boleh bertanya kepada petugas/sahabat jamaah yang pernah sertai perarakan ini.

 

unnamed

 

(B) “Ihya Rabiulawal 1436H/2015”

Tarikh : 03/01/14 bersamaan 12 Rabiulawal 1436H.
Hari : Sabtu
Masa : Bermula jam 3:00am
Lokasi : Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, KL.

Aturcara majlis :

• 3:00am : Qiamullail.
• 4:00am : Bacaan Burdah.
• 5:45am : Solat fardhu Subuh berjemaah.*
• 6:10am : Bacaan Wirdul Latiff Al-Haddad.
• 6:30am : Syarahan sempena Maulidur Rasulullah S.A.W. daripada Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.
• 7:30am : Bersurai.

 

MAKLUMAT PENTING:

 

Pelan Lantai - Tingkat Atas - V3

Pelan Lantai Bawah Masjid Muadz Bin Jabal

Pelan Lantai Bawah Masjid Muadz Bin Jabal

 

  • Pintu utama masjid = Laluan masuk para jamaah (Muslimin & Muslimat)
  • Tangga 1 = Laluan Muslimat ke bahagian atas (kiri) masjid, bahagian bawah masjid & bahagian khemah (luar) masjid.
  • Tangga 2 = Laluan Muslimin ke bahagian atas dewan solat utama & koridor (kanan & belakang) masjid.
  • X = Kedudukan skrin & projektor.
  • Sila penuhi ruang dalam masjid & patuhi arahan petugas MTDM untuk melancarkan pergerakan para jamaah.
  • InsyaAllah ‘signage’/papan tanda yang mencukupi akan disediakan.
  • Kerjasama para jamaah yang dikasihi amat diperlukan demi menjaga keberkatan & kelancaran majlis serta menjaga nama baik Majlis Ta’lim Darul Murtadza khususnya guru tercinta kita.
  • Kami memohon maaf atas segala kekurangan, kelemahan serta ketidakselesaan semasa majlis berlangsung. Semoga dipermudahkan urusan kita semua pada majlis ini.

 

MAKLUMAT PENTING BUAT PENIAGA

 

(1) Lokasi tapak peniaga (dari pihak masjid) :

• Hanya sebelah bahu jalan sahaja (sebelah masjid).
• Bermula dari simpang masuk dari jalan utama.

(2) Lokasi larangan :

• Hadapan kiri & kanan pintu utama masjid (untuk lokasi ambulan & paramedik).
• Kawasan bahu jalan – berdekatan kawasan perumahan.

(3) Pihak MTDM juga memohon kepada semua peniaga agar dapat :

• Menjaga kebersihan kawasan luar masjid & persekitaran kejiranan yang berhampiran.
• Mengurus masalah sampah secara teratur.
• Menyediakan tempat/plastik sampah yang mencukupi.
• Bertanggungjawab & beretika.
• Mewujudkan suasana toleransi lagi penuh mahabbah dalam meraih rezeki-NYA.

Mohon kerjasama kalian agar dapat mematuhi arahan petugas MTDM & RELA demi kelancaran majlis serta menjaga keharmonian semua pihak.

Demi ALLAH SWT & Rasul-NYA…

 

 Tambahan : “Checklist” Persediaan ke Majlis Maulid:

Persediaan ke Majlis Ilmu dan Majlis Maulid