Firman-NYA,
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan ALLAH dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati ALLAH.” – [Al-Ahzab ; 21]
“Salah satu gelaran yang diberikan kepada Junjungan Besar Rasulullah S.A.W oleh ALLAH SWT di dalam Al-Quran adalah ‘Nur’ (cahaya). Rasulullah S.A.W adalah seorang guru kepada umatnya, maka segala yang berkaitan Rasulullah S.A.W perlu diambil perhatian untuk dijadikan sebagai contoh teladan, panduan serta amalan kepada umat Rasulullah S.A.W.”
: 02 DISEMBER 2016 bersamaan 02 RABIUL AWAL 1438H : JUMAAT : Bermula jam 6:00PM : MASJID MUADZ BIN JABAL, SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR
ATURCARA MAJLIS
* Perarakan Maulidur Rasul 1438H
* Bacaan Wirdul Latiff Al-Haddad
* Solat fardhu Maghrib berjemaah
* Bacaan Ratib Al-Haddad
* Tausiyah 1
* Solat fardhu Isyak berjemaah
* Bacaan Maulid Adh Dhiya ul La’ami (karangan Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz) & dendangan qasidah dari Ahbabul Habib
* Tausiyah 2
* Tausiyah 3
* Tausiyah Utama
* Doa Maulid (Penutup)
* Jamuan & bersurai
Azam hadir & mohon sebarkan kebaikan ini.
PANDUAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL MTDM 1438H
: Bermula 6:00PM. MUSLIMIN sahaja. : 300m dari luar perkarangan Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, KL – Poin 1 (Rujuk poster dibawah)KEDUDUKAN & LALUAN PARA JAMAAH
MAKLUMAT PENTING BUAT PENIAGA
[1] Lokasi tapak peniaga :
• Hanya sebelah bahu jalan sahaja (sebelah masjid) – Bermula dari bus stop sehingga ke belakang.
• Bahu jalan seberang Gate MUSLIMAT
[2] Lokasi LARANGAN BERNIAGA :
• Bahu jalan di antara pintu utama masjid (untuk lokasi ambulan & paramedik) dengan Gate MUSLIMAT.
• Bahu jalan bersebelahan kawasan perumahan.
• Kawasan petak kuning (berhadapan pintu masuk utama masjid).
[3] Pihak MTDM juga memohon kepada semua peniaga agar dapat :
• Tidak menghalangi laluan PERARAKAN MAULIDUR RASUL dengan kenderaan mulai jam 3:00PM.
• Menjaga kebersihan kawasan luar masjid & persekitaran kejiranan yang berhampiran.
• Mengurus masalah sampah secara teratur.
• Menyediakan tempat/plastik sampah yang mencukupi.
• Bertanggungjawab & beretika.
• Mewujudkan suasana toleransi lagi penuh mahabbah dalam meraih rezeki-NYA.
Mohon kerjasama kalian agar dapat mematuhi arahan petugas MTDM & RELA demi kelancaran majlis serta menjaga keharmonian semua pihak.
Demi ALLAH SWT & Rasul-NYA…