• Pengenalan
    • Majlis Ta’lim Mingguan
    • Biodata Guru
    • Sejarah Majlis Ta’lim
  • Pengajian Kitab
    • Diari Majlis Ta’lim
    • Majlis Ta’lim
      • Tafsir Al Quran
      • Riyadhus Shalihin
      • Bidayatul Hidayah
      • Peringatan Tentang Umur Insan
      • Syarah Hadis Jibril
    • Jalsah Isnin
      • Shahih Bukhari
      • Minhajul Abidin
    • Syamail Muhammadiyah
    • Akhlakun Nabi
  • Ceramah Umum
    • Habib ALi Zaenal Abidin al Hamid
      • Cinta Rasul
      • Umrah dan Ziarah
      • Fiqh Al Usrah
      • Fitnah Akhir Zaman
      • Istimewa Ramadhan
      • Soal Jawab
      • Lain-lain
    • Ulama’ Jemputan
  • Maulid Bulanan
  • Media
    • Terkini
    • Zikir
      • Ratib al Haddad
      • Wirdul Latif
      • Doa
    • Ramadhan
      • Doa Selepas Solat Terawih
      • Doa Selepas Solat Witir Ramadhan
      • Doa Bir al Walidain (Doa Ibu Bapa)
      • Khatam alQuran
    • Maulid Adh Dhiya Ul Lami’
    • Qasidah
    • Infografik
  • Artikel
    • Umum
    • Biografi
Majlis Ta'lim Darul Murtadza Majlis Ta'lim Darul Murtadza Setiap Jumaat, selepas Isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa
Go to...
  • Pengenalan
  • --Majlis Ta'lim Mingguan
  • --Biodata Guru
  • --Sejarah Majlis Ta'lim
  • Pengajian Kitab
  • --Diari Majlis Ta'lim
  • --Majlis Ta'lim
  • --Tafsir Al Quran
  • --Riyadhus Shalihin
  • --Bidayatul Hidayah
  • --Peringatan Tentang Umur Insan
  • --Syarah Hadis Jibril
  • --Jalsah Isnin
  • --Shahih Bukhari
  • --Minhajul Abidin
  • --Syamail Muhammadiyah
  • --Akhlakun Nabi
  • Ceramah Umum
  • --Habib ALi Zaenal Abidin al Hamid
  • --Cinta Rasul
  • --Umrah dan Ziarah
  • --Fiqh Al Usrah
  • --Fitnah Akhir Zaman
  • --Istimewa Ramadhan
  • --Soal Jawab
  • --Lain-lain
  • --Ulama' Jemputan
  • Maulid Bulanan
  • Media
  • --Terkini
  • --Zikir
  • --Ratib al Haddad
  • --Wirdul Latif
  • --Doa
  • --Ramadhan
  • --Doa Selepas Solat Terawih
  • --Doa Selepas Solat Witir Ramadhan
  • --Doa Bir al Walidain (Doa Ibu Bapa)
  • --Khatam alQuran
  • --Maulid Adh Dhiya Ul Lami’
  • --Qasidah
  • --Infografik
  • Artikel
  • --Umum
  • --Biografi
  • Pengenalan
    • Majlis Ta’lim Mingguan
    • Biodata Guru
    • Sejarah Majlis Ta’lim
  • Pengajian Kitab
    • Diari Majlis Ta’lim
    • Majlis Ta’lim
      • Tafsir Al Quran
      • Riyadhus Shalihin
      • Bidayatul Hidayah
      • Peringatan Tentang Umur Insan
      • Syarah Hadis Jibril
    • Jalsah Isnin
      • Shahih Bukhari
      • Minhajul Abidin
    • Syamail Muhammadiyah
    • Akhlakun Nabi
  • Ceramah Umum
    • Habib ALi Zaenal Abidin al Hamid
      • Cinta Rasul
      • Umrah dan Ziarah
      • Fiqh Al Usrah
      • Fitnah Akhir Zaman
      • Istimewa Ramadhan
      • Soal Jawab
      • Lain-lain
    • Ulama’ Jemputan
  • Maulid Bulanan
  • Media
    • Terkini
    • Zikir
      • Ratib al Haddad
      • Wirdul Latif
      • Doa
    • Ramadhan
      • Doa Selepas Solat Terawih
      • Doa Selepas Solat Witir Ramadhan
      • Doa Bir al Walidain (Doa Ibu Bapa)
      • Khatam alQuran
    • Maulid Adh Dhiya Ul Lami’
    • Qasidah
    • Infografik
  • Artikel
    • Umum
    • Biografi

Burdah Pembukaan Majlis Ta’lim Darul Murtadza 22.08.2014

  • By: editor
  • August 31, 2014
  • Diari Majlis Ta'lim Maulid Bulanan
  • Comments Off on Burdah Pembukaan Majlis Ta’lim Darul Murtadza 22.08.2014
  • 4943 Views

 Rakaman Bacaan Qasidah Burdah

Tausiyah al Ustaz Mustafa Kamal

 Tausiyah al Habib Ahmad Jamalullail

 Pesanan dari al Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan bercuti, Majlis Ta’lim Darul Murtadza membuka tirai pengajiannya semula dengan majlis alunan Burdah pada 22.08.2014. Majlis yang dipimpin guru kesayangan ramai, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid ini turut dihadiri tetamu istimewa daripada Jeddah iaitu Al Habib Ahmad Jamalullail dan juga Ustaz Mustafa Kamal dari Terengganu.

Ustaz Mustafa Kamal diberi penghormatan untuk memulakan sesi tausiyah. Antara pesanannya yang utama ialah:

  • Siapa yang memuliakan Rasulullah ﷺ, maka dia akan dimuliakan Allah SWT. Sekali selawat kepada Rasulullah akan dibalas dengan 10 selawat daripada Allah SWT. Kemuliaan Nabi Muhammad ﷺ terbukti bilamana bukan hanya malaikat bahkan Allah sendiri berselawat kepada baginda.
  • Imam Al-Ishafani bermimpi bertemu dengan Imam As-Syafie lalu ditanya apakah yang Allah telah lakukan padanya dan jawabnya, “Allah telah mengampunkan, mengasihi dan memberi rahmat kepadaku.” Lalu ditanya adakah kerana amalan dan ilmunya yang tinggi dan jawabnya, “Kerana aku banyak berselawat.” Oleh itu, kita juga perlu memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ.
  • Selain mangasihi Rasulullah ﷺ , kita juga perlu mengasihi ahlul bait dan juga orang-orang yang dikasihi baginda.
  • Jangan sesekali meninggalkan Al-Quran dan bacanya setiap hari
  • Rasulullah ialah tauladan yang terbaik, oleh itu ikutlah baginda agar dapat mendekat kepada Allah SWT. Jangan ikut orang lain yang jauh dari Allah dan Rasulullah ﷺ.

Seterusnya, tausiyah disampaikan pula oleh Al Habib Ahmad Jamalullail dari Jeddah dan diterjemah oleh Al Habib Habib Ali Zaenal Abidin. Antara pesanan Al Habib Ahmad Jamalullail yang utama ialah:

  • Imam Ahmad bin Hassan Al-Attas berpesan: Antara amalan terbaik yang seseorang patut memperbanyakkan ialah selawat dan istighfar yang dengan izin Allah SWT, pengamalnya akan diberi husnul khotimah.
  • Umur kita semua tidak kekal dan bila habis, kita semua akan kembali kepada Allah SWT. Oleh itu untuk mendapatkan husnul khotimah dan dapat menjawab soalan Mungkar dan Nangkir, umur yang ada perlu diisi dan dihabiskan untuk mencari ilmu.
  • Orang yang mencari ilmu akan menggembirakan hati baginda Rasulullah ﷺ. Seorang ulama mentafsirkan doa “Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah waqina azabannar”, dengan mengatakan bahawa kebaikan di dunia yang diminta ialah kesempurnaan mengenal kepada Allah SWT manakala kebaikan di akhirat ialah dapat menyaksikan kepada Allah SWT.
  • Seorang yang datang menuntut ilmu perlu pasang niat kerana tanpa niat, dia takkan dapat apa-apa. Imam Ali bin Muhammad bin Hussain Al Habsyi mengatakan, “Kalau kamu datang ke majlis ilmu, maka hendaklah kamu tanam macam-macam niat – niatkan untuk mencari ilmu, untuk mengamalkan ilmu, berkenalan dengan orang yang hadir ke majlis ilmu, bertemu dengan orang-orang yang soleh dll.” Setiap niat itu akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.
  • Seseorang yang berimu akan terangkat darjatnya, tak kira dia lelaki atau wanita. Setelah mendapatkan ilmu, perlu diamalkan dan tidak boleh diabaikan.

Seterusnya, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid menyambung bicara tentang ilmu dan kepentingannya. Antara pesanan beliau yang perlu kita beri perhatian ialah:

  • kita mendakwa kita cinta Rasulullah ﷺ, jadi sudahkan kita mencari apakah yang perlu dilakukan untuk menggembirakan hati Rasulullah ﷺ? Ada 4 perkara yang Rasulullah ﷺ inginkan daripada kita:
  1.  Jadilah kamu orang yang berilmu
  2.  Jadilah kamu orang yang belajar ilmu
  3.  Jadilah kamu orang yang mendengar ilmu
  4.  Jadilah kamu pecinta kepada ilmu, orang berilmu, orang yang belajar ilmu dan orang yang mendengar ilmu.

1. Jadilah orang yang berilmu

  • Berusahalah untuk memperkayakan diri dengan ilmu, kerana Allah Ta’ala sendiri berfirman kepada Rasulullah ﷺ agar meminta doa untuk ditambahkan ilmu. Orang yang minta ilmu saja akan rasa cukup setelah mendapat ilmu, tetapi apabila meminta tambahan ilmu, seseorang tidak pernah akan rasa cukup dengan ilmu yang diperolehi dan juga tidak sombong dengan ilmunya.
  • Ilmu itu luas, oleh itu jika baru belajar daripada satu dua buku, atau mendengar satu, dua ceramah di internet atau CD, jangan mudah-mudah menyalahkan pandangan dan menghukum orang lain sesat. Ambil pengajaran akhlak 2 imam besar iaitu Imam As-Syafie dan Imam Ahmad bin Hambal. Ada banyak kisah menarik antara mereka yang dikongsikan oleh Al Habib, jika nak tahu, dipersilakan mendengar rakaman nanti 🙂
  • Orang berilmu akan beradab kepada orang berilmu yang lain. Jika ada perbezaan, berhentilah di situ tanpa menghukum orang yang tidak sependapat itu sesat. Murid dibenarkan memuliakan dan menjadikan gurunya idola, tetapi bukan dengan merendahkan guru orang lain. Jangan dibataskan guru dan ilmu pada satu orang sahaja. Warisan ilmu Rasulullah ﷺ tidak ditinggalkan kepada seorang saja, bahkan kepada ribuan sahabatnya.

2. Jadilah orang yang belajar ilmu

  • “Siapa orang yang diberi masa muda oleh Allah tapi dia tak belajar, maka angkatlah 4x takbir untuknya.” Yakni solat jenazah ;). Dengan ilmu, barulah seseorang akan dapat meraih taqwa.
  • Walaupun satu dunia mengatakan seseorang berilmu, tapi jika dia tidak takut kepada Allah, maka dia bukan orang berilmu.
  • Ilmu menuntut pengorbanan dari segi masa, tenaga, dan harta dan ilmu yang dipelajari perlu diamalkan.

3. Jadilah orang yang mendengar ilmu

  • Beza orang yang datang untuk menuntut ilmu dan mendengar ilmu ialah orang yang ingin belajar ilmu akan datang dengan bawa kitab, pen, buku untuk mengambil nota. Kata pepatah, “Jika hadir majlis ilmu tak bawa pen seumpama pergi medan perang tak bawa senjata.”
  • Imam Syafie berpesan agar mencatit ilmu kerana ilmu umpama haiwan yang diburu, jika dibiarkan saja, maka akan terlepas semula.
  • Orang berilmu perlu menjaga adab, kata-katanya dan tidak mengotorkan sikapnya dengan yang perkara yang tidak baik. Al Habib ada berkongsi kisah bagaimana Imam Syafie mendepani orang yang berkata buruk kepadanya, jika nak tahu, dipersilakan menonton rakaman.

4. Jadilah pecinta kepada ilmu, orang berilmu, orang yang belajar ilmu dan orang yang mendengar ilmu.

  • Jangan jadi orang yang jahil, yang benci kepada ilmu, orang berilmu, orang yang belajar ilmu dan orang yang mendengar ilmu.

Semoga nasihat-nasihat yang disampaikan ini akan menjadi pembakar semangat kita semua untuk terus berjihad di medan ilmu. Sila sebarkan kebaikan ini kerana ingat-mengingati itulah salah satu keindahan Islam :). Wassalam.

 

 

Be Sociable, Share!
  • Tweet

Video rujukan berkaitan:

Maulid Bulanan Majlis Ta’lim Darul Murtadza: Jun 2014 Majlis Ta’lim 16 Mei 2014 Majlis Ta’lim 28 Feb 2014 Majlis Ta’lim 28 Mac 2014
Previous Post Next Post

About The Author

editor

All Posts by : editor

Related Articles

Majlis Ta’lim 12 Julai 2019
Majlis Ta’lim 12 Julai 2019
  • July 24, 2019
Majlis Maulid Istimewa Sempena Haul Al Haddad 05 Julai 2019
Majlis Maulid Istimewa Sempena Haul Al Haddad 05 Julai 2019
  • July 8, 2019
Majlis Ta’lim 10 Mac 2017
Majlis Ta’lim 10 Mac 2017
  • September 21, 2017
Majlis Ta’lim 24 Feb. 2017
Majlis Ta’lim 24 Feb. 2017
  • September 21, 2017
Majlis Ta’lim 17 Feb. 2017
Majlis Ta’lim 17 Feb. 2017
  • September 21, 2017
Majlis Ta’lim 10 Feb 2017
Majlis Ta’lim 10 Feb 2017
  • May 30, 2017
Majlis Ta’lim 27 Januari 2017
Majlis Ta’lim 27 Januari 2017
  • April 22, 2017
Majlis Ta’lim 20 Jan 2017
Majlis Ta’lim 20 Jan 2017
  • April 3, 2017
Majlis Ta’lim 30 Sept. 2016
Majlis Ta’lim 30 Sept. 2016
  • January 11, 2017
Majlis Ta’lim 23 September 2016
Majlis Ta’lim 23 September 2016
  • October 18, 2016

Comments are closed.

Ikuti Media Sosial Rasmi Kami:


    Fatal error: Call to undefined function curl_init() in /home/daruaorg/public_html/wp-content/themes/Sakhr/includes/twitteroauth/twitteroauth.php on line 195