Maulid Bulanan (Istimewa) Majlis Ta’lim Darul Murtadza bersama Al-Allamah الحبيب عمر بن حفيظ – Habib Omar 1436H
Tarikh : 28/11/14
Hari : Jumaat
Masa : Bermula jam 9:00pm.
Lokasi : Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, KL.
MAKLUMAT PENTING:
- Pintu utama masjid = Laluan masuk para jamaah (Muslimin & Muslimat)
- Tangga 1 = Laluan Muslimat ke bahagian atas (kiri) masjid, bahagian bawah masjid & bahagian khemah (luar) masjid.
- Tangga 2 = Laluan Muslimin ke bahagian atas dewan solat utama & koridor (kanan & belakang) masjid.
- X = Kedudukan skrin & projektor.
- Sila penuhi ruang dalam masjid & patuhi arahan petugas MTDM untuk melancarkan pergerakan para jamaah.
- InsyaAllah ‘signage’/papan tanda yang mencukupi akan disediakan.
- Kerjasama para jamaah yang dikasihi amat diperlukan demi menjaga keberkatan & kelancaran majlis serta menjaga nama baik Majlis Ta’lim Darul Murtadza khususnya guru tercinta kita.
- Kami memohon maaf atas segala kekurangan, kelemahan serta ketidakselesaan semasa majlis berlangsung. Semoga dipermudahkan urusan kita semua pada majlis ini.
MAKLUMAT PENTING BUAT PENIAGA
(1) Lokasi tapak peniaga (dari pihak masjid) :
• Hanya sebelah bahu jalan sahaja (sebelah masjid).
• Bermula dari simpang masuk dari jalan utama.
(2) Lokasi larangan :
• Hadapan kiri & kanan pintu utama masjid (untuk lokasi ambulan & paramedik).
• Kawasan bahu jalan – berdekatan kawasan perumahan.
(3) Pihak MTDM juga memohon kepada semua peniaga agar dapat :
• Menjaga kebersihan kawasan luar masjid & persekitaran kejiranan yang berhampiran.
• Mengurus masalah sampah secara teratur.
• Menyediakan tempat/plastik sampah yang mencukupi.
• Bertanggungjawab & beretika.
• Mewujudkan suasana toleransi lagi penuh mahabbah dalam meraih rezeki-NYA.
Mohon kerjasama kalian agar dapat mematuhi arahan petugas MTDM & RELA demi kelancaran majlis serta menjaga keharmonian semua pihak.
Demi ALLAH SWT & Rasul-NYA…
…