• Pengenalan
    • Majlis Ta’lim Mingguan
    • Biodata Guru
    • Sejarah Majlis Ta’lim
  • Pengajian Kitab
    • Diari Majlis Ta’lim
    • Majlis Ta’lim
      • Tafsir Al Quran
      • Riyadhus Shalihin
      • Bidayatul Hidayah
      • Peringatan Tentang Umur Insan
      • Syarah Hadis Jibril
    • Jalsah Isnin
      • Shahih Bukhari
      • Minhajul Abidin
    • Syamail Muhammadiyah
    • Akhlakun Nabi
  • Ceramah Umum
    • Habib ALi Zaenal Abidin al Hamid
      • Cinta Rasul
      • Umrah dan Ziarah
      • Fiqh Al Usrah
      • Fitnah Akhir Zaman
      • Istimewa Ramadhan
      • Soal Jawab
      • Lain-lain
    • Ulama’ Jemputan
  • Maulid Bulanan
  • Media
    • Terkini
    • Zikir
      • Ratib al Haddad
      • Wirdul Latif
      • Doa
    • Ramadhan
      • Doa Selepas Solat Terawih
      • Doa Selepas Solat Witir Ramadhan
      • Doa Bir al Walidain (Doa Ibu Bapa)
      • Khatam alQuran
    • Maulid Adh Dhiya Ul Lami’
    • Qasidah
    • Infografik
  • Artikel
    • Umum
    • Biografi
Majlis Ta'lim Darul Murtadza Majlis Ta'lim Darul Murtadza Setiap Jumaat, selepas Isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa
Go to...
  • Pengenalan
  • --Majlis Ta'lim Mingguan
  • --Biodata Guru
  • --Sejarah Majlis Ta'lim
  • Pengajian Kitab
  • --Diari Majlis Ta'lim
  • --Majlis Ta'lim
  • --Tafsir Al Quran
  • --Riyadhus Shalihin
  • --Bidayatul Hidayah
  • --Peringatan Tentang Umur Insan
  • --Syarah Hadis Jibril
  • --Jalsah Isnin
  • --Shahih Bukhari
  • --Minhajul Abidin
  • --Syamail Muhammadiyah
  • --Akhlakun Nabi
  • Ceramah Umum
  • --Habib ALi Zaenal Abidin al Hamid
  • --Cinta Rasul
  • --Umrah dan Ziarah
  • --Fiqh Al Usrah
  • --Fitnah Akhir Zaman
  • --Istimewa Ramadhan
  • --Soal Jawab
  • --Lain-lain
  • --Ulama' Jemputan
  • Maulid Bulanan
  • Media
  • --Terkini
  • --Zikir
  • --Ratib al Haddad
  • --Wirdul Latif
  • --Doa
  • --Ramadhan
  • --Doa Selepas Solat Terawih
  • --Doa Selepas Solat Witir Ramadhan
  • --Doa Bir al Walidain (Doa Ibu Bapa)
  • --Khatam alQuran
  • --Maulid Adh Dhiya Ul Lami’
  • --Qasidah
  • --Infografik
  • Artikel
  • --Umum
  • --Biografi
  • Pengenalan
    • Majlis Ta’lim Mingguan
    • Biodata Guru
    • Sejarah Majlis Ta’lim
  • Pengajian Kitab
    • Diari Majlis Ta’lim
    • Majlis Ta’lim
      • Tafsir Al Quran
      • Riyadhus Shalihin
      • Bidayatul Hidayah
      • Peringatan Tentang Umur Insan
      • Syarah Hadis Jibril
    • Jalsah Isnin
      • Shahih Bukhari
      • Minhajul Abidin
    • Syamail Muhammadiyah
    • Akhlakun Nabi
  • Ceramah Umum
    • Habib ALi Zaenal Abidin al Hamid
      • Cinta Rasul
      • Umrah dan Ziarah
      • Fiqh Al Usrah
      • Fitnah Akhir Zaman
      • Istimewa Ramadhan
      • Soal Jawab
      • Lain-lain
    • Ulama’ Jemputan
  • Maulid Bulanan
  • Media
    • Terkini
    • Zikir
      • Ratib al Haddad
      • Wirdul Latif
      • Doa
    • Ramadhan
      • Doa Selepas Solat Terawih
      • Doa Selepas Solat Witir Ramadhan
      • Doa Bir al Walidain (Doa Ibu Bapa)
      • Khatam alQuran
    • Maulid Adh Dhiya Ul Lami’
    • Qasidah
    • Infografik
  • Artikel
    • Umum
    • Biografi

Majlis Ta’lim 12 September 2014

  • By: Admin
  • September 15, 2014
  • Diari Majlis Ta'lim
  • Comments Off on Majlis Ta’lim 12 September 2014
  • 2535 Views

بِسْمِاللّهِالرَّحْمَنِالرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, Allah SWT mengizinkan kita untuk sekali lagi berkumpul bersama-sama untuk bertalaqqi ilmu daripada guru kesayangan kita Al Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid dalam pengajian MTDM pada 12.09.2014 yang lalu.

Pengajian disambung dengan sedikit ulangkaji perbahasan tafsir Surah Ali Imran ayat 176-178 daripada pengajian terakhir pada 13.06.2014 yang lalu, dan kemudian disambung dengan ayat 179-180. Beberapa pengajaran penting daripada 3 ayat ini adalah seperti berikut:

  • Allah merahsiakan antara umat Islam yang mana betul-betul beriman, dan yang mana munafik agar kita tidak mudah menghukum sesiapa dengan apa yang ada di hati mereka.
  • Allah SWT membezakan antara yang beriman dan munafiq secara praktikal, yakni melalui perbuatan mereka sendiri dan bukan dengan cara melabel seseorang. Ketika 1000 orang keluar menyertai Perang Uhud, 300 orang patah balik dan dengan itulah jelaslah kemunafikan yang ada pada mereka.
  • Perkara-perkara ghaib yang Allah sembunyikan daripada kita merupakan satu nikmat yang memberi ketenangan kepada jiwa kita. Seandainya kita tahu sesuatu perkara yang ghaib, kita akan menjadi risau walaupun sesuatu perkara itu akan berlaku lambat lagi. Sebahagian perkara ghaib akan dimaklumkan kepada Rasul-rasul yang terpilih dan Rasulullah ﷺ diberi keistimewaan dengan ditunjukkan keadaan syurga, neraka, alam barzakh dll.
  • Jangan bakhil dengan kurniaan Allah – sama ada itu harta, ilmu, kepakaran dll. Hikmah zakat adalah untuk membantu orang lain yang sedang dalam kesusahan, dengan harapan bilamana kita susah nanti, akan ada orang lain yang boleh membantu kita pula.

 

 

Seterusnya, Al Habib menyambung pengajian dengan menghuraikan pengajaran-pengajaran penting daripada hadis 10-12 daripada Bab 60 – ‘Pemurah dan Dermawan dalam Kebaikan’, kitab Riyadhus Solihin. Antaranya ialah:

  • Galakan untuk bersifat pemurah seperti Rasulullah ﷺ. Dalam bersedekah, berikan daripada bahagian harta yang lebih, dan mulakan memberi kepada mereka yang terdekat (ahli keluarga) dahulu.
  • Ulama berbeza pendapat tentang pemberian harta zakat kepada muallaf. Untuk penerangan terperinci daripada Al Habib, dipersilakan mendengar rakaman video di atas.
  • Rasulullah ﷺ adakalanya memberi kerana menawan hati seseorang kepada Islam, dan ada orang yang tidak diberi, walaupun layak kerana ‘diserahkan’ baginda dengan iman yang ada pada orang itu kepada Allah SWT. Ini kerana – barangsiapa yang mempunyai sifat iffah (tidak suka meminta-minta), maka dia akan diberikan perasaan qanaah(rasa cukup) oleh Allah SWT.
  • Nabi ﷺ tidak bakhil walaupun dengan orang yang datang meminta dengan cara kurang sopan, apatah lagi jika orang datang meminta dengan sopan.
  • Ada 2 jenis bakhil – bakhil dengan harta sendiri dan bakhil dengan harta orang, yakni tidak suka tengok orang lain pemurah. Barangsiapa menjaga dirinya daripada sifat bakhil ini, maka dia akan tergolong dalam golongan orang yang berjaya. Oleh sebab itu, mesti ada usaha untuk menjaga diri daripada sifat bakhil.

 

 

Sebelum majlis ditutup, perbahasan kitab Bidayatul Hidayah diteruskan dengan bacaan pada m/s 177 (perenggan terakhir) -181, yang memberi panduan dan adab dalam persahabatan. Oleh kerana antara perkara yang memudaratkan ialah apabila berlaku pengkhianatan dalam persahabatan, kita dianjurkan bersederhana dalam bergaul dengan sahabat kita.

Seperti biasa untuk manfaat penuh, mohon luangkan masa untuk menonton rakaman penuh. Dipersilakan berkongsi dengan yang lain kerana baginda Rasulullah ﷺ pernah berkata kepada Sayyidina Ali, “Dengan Allah menjadikan engkau wahai Ali, sebab hidayah yang menyelamatkan seorang saja pun, itu adalah lebih baik daripada dunia ini dipenuhi unta merah.” Hadis ini jelas menunjukkan bahawa betapa hinanya dunia dan mulianya amalan mengajak orang lain kepada kebaikan. Jadi, tunggu apa lagi, butang ‘share’ ada di bawah 😉

 

Be Sociable, Share!
  • Tweet

Video rujukan berkaitan:

Majlis Ta’lim 26 September 2014 Majlis Maulid September – 5 September 2014 Majlis Ta’lim 19 September 2014 Majlis Ta’lim 10 Okt. 2014
Previous Post Next Post

About The Author

Admin

All Posts by : Admin

Related Articles

Majlis Ta’lim 12 Julai 2019
Majlis Ta’lim 12 Julai 2019
  • July 24, 2019
Majlis Ta’lim 10 Mac 2017
Majlis Ta’lim 10 Mac 2017
  • September 21, 2017
Majlis Ta’lim 24 Feb. 2017
Majlis Ta’lim 24 Feb. 2017
  • September 21, 2017
Majlis Ta’lim 17 Feb. 2017
Majlis Ta’lim 17 Feb. 2017
  • September 21, 2017
Majlis Ta’lim 10 Feb 2017
Majlis Ta’lim 10 Feb 2017
  • May 30, 2017
Majlis Ta’lim 27 Januari 2017
Majlis Ta’lim 27 Januari 2017
  • April 22, 2017
Majlis Ta’lim 20 Jan 2017
Majlis Ta’lim 20 Jan 2017
  • April 3, 2017
Majlis Ta’lim 30 Sept. 2016
Majlis Ta’lim 30 Sept. 2016
  • January 11, 2017
Majlis Ta’lim 23 September 2016
Majlis Ta’lim 23 September 2016
  • October 18, 2016
Majlis Ta’lim 16 September 2016
Majlis Ta’lim 16 September 2016
  • October 17, 2016

Comments are closed.

Ikuti Media Sosial Rasmi Kami:


    Fatal error: Call to undefined function curl_init() in /home/daruaorg/public_html/wp-content/themes/Sakhr/includes/twitteroauth/twitteroauth.php on line 195