• Pengenalan
    • Majlis Ta’lim Mingguan
    • Biodata Guru
    • Sejarah Majlis Ta’lim
  • Pengajian Kitab
    • Diari Majlis Ta’lim
    • Majlis Ta’lim
      • Tafsir Al Quran
      • Riyadhus Shalihin
      • Bidayatul Hidayah
      • Peringatan Tentang Umur Insan
      • Syarah Hadis Jibril
    • Jalsah Isnin
      • Shahih Bukhari
      • Minhajul Abidin
    • Syamail Muhammadiyah
    • Akhlakun Nabi
  • Ceramah Umum
    • Habib ALi Zaenal Abidin al Hamid
      • Cinta Rasul
      • Umrah dan Ziarah
      • Fiqh Al Usrah
      • Fitnah Akhir Zaman
      • Istimewa Ramadhan
      • Soal Jawab
      • Lain-lain
    • Ulama’ Jemputan
  • Maulid Bulanan
  • Media
    • Terkini
    • Zikir
      • Ratib al Haddad
      • Wirdul Latif
      • Doa
    • Ramadhan
      • Doa Selepas Solat Terawih
      • Doa Selepas Solat Witir Ramadhan
      • Doa Bir al Walidain (Doa Ibu Bapa)
      • Khatam alQuran
    • Maulid Adh Dhiya Ul Lami’
    • Qasidah
    • Infografik
  • Artikel
    • Umum
    • Biografi
Majlis Ta'lim Darul Murtadza Majlis Ta'lim Darul Murtadza Setiap Jumaat, selepas Isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa
Go to...
  • Pengenalan
  • --Majlis Ta'lim Mingguan
  • --Biodata Guru
  • --Sejarah Majlis Ta'lim
  • Pengajian Kitab
  • --Diari Majlis Ta'lim
  • --Majlis Ta'lim
  • --Tafsir Al Quran
  • --Riyadhus Shalihin
  • --Bidayatul Hidayah
  • --Peringatan Tentang Umur Insan
  • --Syarah Hadis Jibril
  • --Jalsah Isnin
  • --Shahih Bukhari
  • --Minhajul Abidin
  • --Syamail Muhammadiyah
  • --Akhlakun Nabi
  • Ceramah Umum
  • --Habib ALi Zaenal Abidin al Hamid
  • --Cinta Rasul
  • --Umrah dan Ziarah
  • --Fiqh Al Usrah
  • --Fitnah Akhir Zaman
  • --Istimewa Ramadhan
  • --Soal Jawab
  • --Lain-lain
  • --Ulama' Jemputan
  • Maulid Bulanan
  • Media
  • --Terkini
  • --Zikir
  • --Ratib al Haddad
  • --Wirdul Latif
  • --Doa
  • --Ramadhan
  • --Doa Selepas Solat Terawih
  • --Doa Selepas Solat Witir Ramadhan
  • --Doa Bir al Walidain (Doa Ibu Bapa)
  • --Khatam alQuran
  • --Maulid Adh Dhiya Ul Lami’
  • --Qasidah
  • --Infografik
  • Artikel
  • --Umum
  • --Biografi
  • Pengenalan
    • Majlis Ta’lim Mingguan
    • Biodata Guru
    • Sejarah Majlis Ta’lim
  • Pengajian Kitab
    • Diari Majlis Ta’lim
    • Majlis Ta’lim
      • Tafsir Al Quran
      • Riyadhus Shalihin
      • Bidayatul Hidayah
      • Peringatan Tentang Umur Insan
      • Syarah Hadis Jibril
    • Jalsah Isnin
      • Shahih Bukhari
      • Minhajul Abidin
    • Syamail Muhammadiyah
    • Akhlakun Nabi
  • Ceramah Umum
    • Habib ALi Zaenal Abidin al Hamid
      • Cinta Rasul
      • Umrah dan Ziarah
      • Fiqh Al Usrah
      • Fitnah Akhir Zaman
      • Istimewa Ramadhan
      • Soal Jawab
      • Lain-lain
    • Ulama’ Jemputan
  • Maulid Bulanan
  • Media
    • Terkini
    • Zikir
      • Ratib al Haddad
      • Wirdul Latif
      • Doa
    • Ramadhan
      • Doa Selepas Solat Terawih
      • Doa Selepas Solat Witir Ramadhan
      • Doa Bir al Walidain (Doa Ibu Bapa)
      • Khatam alQuran
    • Maulid Adh Dhiya Ul Lami’
    • Qasidah
    • Infografik
  • Artikel
    • Umum
    • Biografi

Majlis Ta’lim 19 September 2014

  • By: editor
  • September 27, 2014
  • Diari Majlis Ta'lim
  • Comments Off on Majlis Ta’lim 19 September 2014
  • 2436 Views

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang sekali lagi memberikan kita rezeki kelapangan dan kesihatan untuk menadah telinga, membuka hati dan bertalaqqi ilmu daripada guru kita Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dalam pengajian MTDM pada 19.09.2014 yang lalu.

Pengajian dimulakan dengan sambungan perbahasan tafsir daripada Surah Ali Imran, ayat 181-185. Dalam perbahasannya, Al Habib menekankan beberapa pengajaran penting iaitu:

  • Sebab ayat ini diturunkan adalah untuk membela kebenaran perkataan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. yang difitnah Filhas** yang salah memahami ayat Al-Quran daripada surah Al-Hadid, ayat 11. Dalam ayat tersebut, maksud Allah meminta hutang bukanlah untuk kegunaan Allah SWT, tetapi untuk manfaat orang di sekeliling kita yang susah. Permintaan Allah SWT sebenarnya adalah sebagai dorongan agar orang beriman suka bersedekah kerana yang menjamin balasan sedekah itu ialah Allah SWT sendiri.
  • Setiap kata-kata, dan juga segala amalan kita, tak kira yang kecil atau yang besar akan dicatit, bahkan dihadirkan semula sebagai bukti ketika penghakiman kita di akhirat nanti. Oleh kerana sifat Allah SWT Yang Maha Adil – tiada ahli neraka yang akan dimasukkan ke neraka melainkan telah dipenuhi segala haknya dan tiada ahli syurga yang akan dimasukkan ke syurga sebelum diambil daripadanya segala hak yang dihutangi, termasuk hak kepada orang kafir.
  • Tidak semua orang yang datang meminta dizahirkan mukjizat dilayan Rasulullah ﷺ kerana motif mereka bukannya untuk beriman kepada baginda. Al Habib banyak berkongsi kisah –kisah mukjizat2 Rasulullah ﷺ, untuk mengetahui perinciannya, dipersilakan mendengar rakaman video.
  • Kematian (sakaratul maut) itu ada rasa yang tersendiri. Jika pedih, itu adalah penghapus dosa orang beriman supaya roh bersih ketika berjumpa Allah Ta’ala. Bagi orang kafir pula, jika diberi kemudahan, itu adalah sebagai balasan kebaikannya di dunia kerana tiada lagi ehsan Allah SWT untuknya di akhirat nanti. Sukar atau mudahnya sakaratulmaut, kedua-duanya mempunyai rahsia di sisi Allah SWT.
  • Dunia ini ‘Darul masalah’, oleh itu kita perlu belajar menghadapinya dengan baik dan bersabar sebentar saja agar sampai ke tempat yang tempat yang tiada masalah dan kekal (syurga) di akhirat nanti.
  • Dengan sifat Maha Pemurah Allah SWT, orang beriman akan diberikan dua nikmat iaitu diselamatkan daripada masuk ke neraka dan dimasukkan ke syurga. Oleh itu, baginda tidak menjanjikan selain daripada syurga kepada orang-orang yang berbaiah kepadanya.

Dalam perbahasannya, Al Habib turut mengajarkan doa yang diamalkan oleh para salafussoleh agar Allah SWT menghisab kita dengan sifat Pemurahnya, kerana jika kita dihakimi dengan sifat adil Allah SWT, tiada sesuatu pun daripada perbuatan kita yang akan dikecualikan. Doanya adalah seperti berikut:

“Ya Allah, bermuamalah dengan kami dengan sifat kemurahan-Mu, dan jangan Engkau perhitungkan kami dengan sifat adil-Mu.”

Seterusnya, pengajian disambung dengan bacaan hadis 13-15 daripada Bab 60 – ‘Pemurah dan Dermawan dalam Kebaikan’, kitab Riyadhus Solihin. Antara pengajaran daripada hadis-hadis yang dibacakan ialah:

  • Harta yang disedekahkan tidak akan berkurang, tetapi akan diberi keberkatan dan balasannya di simpan di akhirat nanti.
  • Sifat pemurah tidak terhad kepada pemberian dalam bentuk harta, tetapi sifat pemurah yang lebih mulia ialah pemurah dalam memberi kemaafan kepada orang yang bersalah atau menzalimi kita. Orang yang suka memaafkan orang lain tidak akan dihina, bahkan akan mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT.
  • Orang yang merendah diri (tawadhuk) kepada manusia kerana mengharap kepada hartanya, akan hilang 1/3 daripada maruah agamanya. Tetapi sekiranya tawadhuk kerana Allah, yakni merendah diri dengan manusia untuk menawan hati mereka kepada Islam, atau tidak bersikap menunjuk-nunjuk, maka orang itu akan dimuliakan Allah SWT.
  • Ada empat jenis manusia iaitu orang yang diberi harta dan ilmu, orang yang diberi ilmu tapi tak diberi harta orang yang diberi harta tapi tak digunakan untuk bertaqwa kepada Allah SWT, orang yang tidak diberi harta ataupun ilmu. Untuk penjelasan lanjut tentang ciri-ciri dan perbezaannya, dipersilakan menonton rakaman di atas.

Dalam huraiannya juga, Al Habib menceritakan kisah Abu Hurairah yang datang mengadu sikap ahli keluarganya yang selalu menyakitinya walaupun dia telah banyak berbuat baik kepada mereka. Untuk mengetahui apa nasihat Rasulullah ﷺ kepadanya, dipersilakan menonton sendiri daripada rakaman di atas.

 

Seterusnya, perbahasan kitab Bidayatul Hidayah diteruskan dengan bacaan m/s 181, perenggan terakhir yang membicangkan adab-adab ketika duduk bersama sahabat. Intipati daripada bacaan tersebut yang perlu kita beri perhatian adalah seperti berikut:

  • Kita perlu menjaga adab dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti mengorek hidung, menguap, melunjur kaki dan seumpamanya ketika bersama sahabat kerana merasakan sudah terlalu baik atau biasa dengan mereka. Kita dianjurkan meneladani sifat Rasulullah ﷺ yang tidak pernah sekalipun berlunjur kaki di hadapan para sahabat walaupun dengan kemuliaan kedudukannya. Sekiranya ingin menceritakan tentang nikmat yang kita perolehi pula, pastikan dahulu ianya takkan melukakan hati atau menimbulkan perasaan cemburu kepada orang yang mendengarnya.
  • Elakkan juga bercerita dengan niat takabbur. Rasulullah ﷺ mengajarkan agar kita berusaha untuk menyembunyikan nikmat untuk mengelak perasaan hasad dengki orang lain.
  • Berhias secara sederhana ketika bertemu sahabat, yakni – jangan terlalu selekeh dan terlalu menunjuk-nunjuk. Imam Ghazali juga melarang orang lelaki untuk berhias lama-lama – cukup sekadar siap dengan membaca doa melihat cermin.

Secebis rumusan ini takkan mungkin menandingi selautan ilmu yang dicurahkan dan dikongsikan oleh Al Habib. Oleh itu, dipersilakan semua menonton rakaman-rakaman video di atas untuk manfaat penuh. Dipersilakan juga untuk berkongsi dengan yang lain untuk kebaikan kita bersama, insha Allah.

 

Be Sociable, Share!
  • Tweet

Video rujukan berkaitan:

Majlis Ta’lim 12 September 2014 Majlis Maulid September – 5 September 2014 Majlis Ta’lim 26 September 2014 Majlis Ta’lim 24 Oktober 2014
Previous Post Next Post

About The Author

editor

All Posts by : editor

Related Articles

Majlis Ta’lim 12 Julai 2019
Majlis Ta’lim 12 Julai 2019
  • July 24, 2019
Majlis Ta’lim 10 Mac 2017
Majlis Ta’lim 10 Mac 2017
  • September 21, 2017
Majlis Ta’lim 24 Feb. 2017
Majlis Ta’lim 24 Feb. 2017
  • September 21, 2017
Majlis Ta’lim 17 Feb. 2017
Majlis Ta’lim 17 Feb. 2017
  • September 21, 2017
Majlis Ta’lim 10 Feb 2017
Majlis Ta’lim 10 Feb 2017
  • May 30, 2017
Majlis Ta’lim 27 Januari 2017
Majlis Ta’lim 27 Januari 2017
  • April 22, 2017
Majlis Ta’lim 20 Jan 2017
Majlis Ta’lim 20 Jan 2017
  • April 3, 2017
Majlis Ta’lim 30 Sept. 2016
Majlis Ta’lim 30 Sept. 2016
  • January 11, 2017
Majlis Ta’lim 23 September 2016
Majlis Ta’lim 23 September 2016
  • October 18, 2016
Majlis Ta’lim 16 September 2016
Majlis Ta’lim 16 September 2016
  • October 17, 2016

Comments are closed.

Ikuti Media Sosial Rasmi Kami:


    Fatal error: Call to undefined function curl_init() in /home/daruaorg/public_html/wp-content/themes/Sakhr/includes/twitteroauth/twitteroauth.php on line 195