• Pengenalan
    • Majlis Ta’lim Mingguan
    • Biodata Guru
    • Sejarah Majlis Ta’lim
  • Pengajian Kitab
    • Diari Majlis Ta’lim
    • Majlis Ta’lim
      • Tafsir Al Quran
      • Riyadhus Shalihin
      • Bidayatul Hidayah
      • Peringatan Tentang Umur Insan
      • Syarah Hadis Jibril
    • Jalsah Isnin
      • Shahih Bukhari
      • Minhajul Abidin
    • Syamail Muhammadiyah
    • Akhlakun Nabi
  • Ceramah Umum
    • Habib ALi Zaenal Abidin al Hamid
      • Cinta Rasul
      • Umrah dan Ziarah
      • Fiqh Al Usrah
      • Fitnah Akhir Zaman
      • Istimewa Ramadhan
      • Soal Jawab
      • Lain-lain
    • Ulama’ Jemputan
  • Maulid Bulanan
  • Media
    • Terkini
    • Zikir
      • Ratib al Haddad
      • Wirdul Latif
      • Doa
    • Ramadhan
      • Doa Selepas Solat Terawih
      • Doa Selepas Solat Witir Ramadhan
      • Doa Bir al Walidain (Doa Ibu Bapa)
      • Khatam alQuran
    • Maulid Adh Dhiya Ul Lami’
    • Qasidah
    • Infografik
  • Artikel
    • Umum
    • Biografi
Majlis Ta'lim Darul Murtadza Majlis Ta'lim Darul Murtadza Setiap Jumaat, selepas Isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa
Go to...
  • Pengenalan
  • --Majlis Ta'lim Mingguan
  • --Biodata Guru
  • --Sejarah Majlis Ta'lim
  • Pengajian Kitab
  • --Diari Majlis Ta'lim
  • --Majlis Ta'lim
  • --Tafsir Al Quran
  • --Riyadhus Shalihin
  • --Bidayatul Hidayah
  • --Peringatan Tentang Umur Insan
  • --Syarah Hadis Jibril
  • --Jalsah Isnin
  • --Shahih Bukhari
  • --Minhajul Abidin
  • --Syamail Muhammadiyah
  • --Akhlakun Nabi
  • Ceramah Umum
  • --Habib ALi Zaenal Abidin al Hamid
  • --Cinta Rasul
  • --Umrah dan Ziarah
  • --Fiqh Al Usrah
  • --Fitnah Akhir Zaman
  • --Istimewa Ramadhan
  • --Soal Jawab
  • --Lain-lain
  • --Ulama' Jemputan
  • Maulid Bulanan
  • Media
  • --Terkini
  • --Zikir
  • --Ratib al Haddad
  • --Wirdul Latif
  • --Doa
  • --Ramadhan
  • --Doa Selepas Solat Terawih
  • --Doa Selepas Solat Witir Ramadhan
  • --Doa Bir al Walidain (Doa Ibu Bapa)
  • --Khatam alQuran
  • --Maulid Adh Dhiya Ul Lami’
  • --Qasidah
  • --Infografik
  • Artikel
  • --Umum
  • --Biografi
  • Pengenalan
    • Majlis Ta’lim Mingguan
    • Biodata Guru
    • Sejarah Majlis Ta’lim
  • Pengajian Kitab
    • Diari Majlis Ta’lim
    • Majlis Ta’lim
      • Tafsir Al Quran
      • Riyadhus Shalihin
      • Bidayatul Hidayah
      • Peringatan Tentang Umur Insan
      • Syarah Hadis Jibril
    • Jalsah Isnin
      • Shahih Bukhari
      • Minhajul Abidin
    • Syamail Muhammadiyah
    • Akhlakun Nabi
  • Ceramah Umum
    • Habib ALi Zaenal Abidin al Hamid
      • Cinta Rasul
      • Umrah dan Ziarah
      • Fiqh Al Usrah
      • Fitnah Akhir Zaman
      • Istimewa Ramadhan
      • Soal Jawab
      • Lain-lain
    • Ulama’ Jemputan
  • Maulid Bulanan
  • Media
    • Terkini
    • Zikir
      • Ratib al Haddad
      • Wirdul Latif
      • Doa
    • Ramadhan
      • Doa Selepas Solat Terawih
      • Doa Selepas Solat Witir Ramadhan
      • Doa Bir al Walidain (Doa Ibu Bapa)
      • Khatam alQuran
    • Maulid Adh Dhiya Ul Lami’
    • Qasidah
    • Infografik
  • Artikel
    • Umum
    • Biografi

Maulid Bulanan Majlis Ta’lim Darul Murtadza: Oktober 2014

  • By: Admin
  • October 10, 2014
  • Diari Majlis Ta'lim Maulid Bulanan
  • Comments Off on Maulid Bulanan Majlis Ta’lim Darul Murtadza: Oktober 2014
  • 3338 Views

بِسْمِاللّهِالرَّحْمَنِالرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Esa, yang dengan izin-Nya, Maulid Bulanan Majlis Ta’lim Darul Murtadza untuk bulan Oktober 2014 telah berjalan lancar di bawah pimpinan guru kesayangan kita, Al Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid.

Tausiyah 1: Syeikh Sami Ba Yaksut

Sesi tausiyah dibuka oleh sahabat sepengajian Al Habib sendiri ketika di Darul Mustafa dahulu, iaitu Syeikh Sami Ba Yaksut. Intipati utama tausiyah beliau seperti yang diterjemahkan oleh Al Habib adalah seperti berikut:

  • Baginda Rasulullah ﷺ mengajarkan kita manasiq haji, dan cara ibadah yang lain-lain seperti solat dan zakat. Maka, orang yang benar-benar mencintai Rasulullah ﷺ akan mengikut ajaran baginda kerana ianya akan membawa kepada kasih-sayang Allah SWT.
  • Majlis Maulid ialah majlis untuk mendapatkan kasih-sayang Allah SWT. Orang yang menolak majlis seumpama ini, maka dia telah mengharamkan dirinya daripada mendapatkan kebaikan daripada majlis tersebut.
  • Suburkan rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ dengan banyak berselawat dan rasa cinta kepada Allah SWT dengan banyak berzikir, kerana orang yang menyintai akan banyak menyebut nama orang yang dicintainya.
  • Salah satu sebab Padang Arafah mendapat namanya adalah kerana di situ merupakan tempat pertemuan semula Nabi Adam a.s. dan Hawa. Oleh itu, Padang Arafah juga merupakan tempat untuk seseorang mengenal kepada Tuhannya.

Dalam tausiyahnya, Syeikh Sami sempat berkongsikan kisah seorang alim yang menghantar rohnya untuk mengerjakan haji. Berminat untuk mengetahui mengapa jadi begitu? Dipersilakan mendengar kisahnya daripada rakaman video di atas.   Tausiyah 2: Al Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid Seterusnya, Al Habib menyambung sesi tausiyah dengan membahaskan satu pesanan penting daripada Rasulullah ﷺ ketika khutbah wada’nya (khutbah terakhir). Pesanan itu ialah agar setiap Muslim menghormati dan tidak menzalimi hak nyawa, kehormatan dan harta seorang Muslim yang lain. Dalam mensyarahkan pesanan tersebut, Al Habib menekankan perkara-perkara berikut untuk kita sama-sama beri perhatian:

  • Syaitan telah berputus asa mengajak manusia menyembahnya, tetapi syaitan mempunyai ‘projek’ kedua iaitu untuk menggalakkan umat Islam saling berbalah dan inilah yang amat dirisaukan baginda Rasulullah ﷺ . Oleh itu, janganlah kita termasuk orang yang menjayakan projek syaitan dengan menghasut orang di sana dan di sini sehingga menyebabkan mereka bermusuhan. Tiada yang untung apabila berlaku pergaduhan, dan itu hanyalah menggembirakan syaitan.
  • Allah menjadikan musuh manusia itu syaitan daripada jin dan juga syaitan daripada manusia. Syaitan daripada manusia ialah mereka yang menyumbang kepada ‘projek-projek’ syaitan. Mereka ini menyerahkan hawa nafsunya kepada syaitan dan menjadikan syaitan penasihatnya. Sepatutnya kita mengambil iktibar bagaimana kisah Nabi Adam a.s. yang dikeluarkan dari syurga kerana mengambil syaitan sebagai penasihatnya.
  • Iman seseorang hanya akan sempurna setelah hawa nafsunya patuh kepada ajaran baginda Rasulullah ﷺ. Oleh itu, jangan dibiarkan hawa nafsu bermakmumkan kepada syaitan.
  • Kaum muslimin perlu berhati-hati dengan kumpulan yang zahirnya menyokong Islam, menggunakan ayat-ayat indah daripada Quran dan hadis Rasulullah ﷺ, tetapi di hati mereka tersimpan-simpan niat-niat buruk. Ikutlah kepada ajaran yang dibawa para ulama yang berpegang kepada salasilah bersanad yang sampai kepada Rasulullah ﷺ. Sebagai contoh, Al Habib menceritakan kisah Masjid Dhirar, yang akhirnya dihancurkan sehancur-hancurnya oleh Rasulullah ﷺ oleh kerana niat buruk mereka.
  • Sebelum mengikut kepada kumpulan atau gerakan tertentu, rujuk dahulu kepada orang yang lebih tahu dan jangan mudah-mudah menjadi Pak Turut. Allah SWT memuliakan manusia dengan akal, jadi gunakan sebaiknya untuk membezakan mana yang haq dan mana yang batil.

Catatan di atas adalah sekadar rumusan ringkas daripada tausiyah-tausiyah yang telah disampaikan. Oleh itu, amatlah dianjurkan agar anda meluangkan masa untuk menonton rakaman penuh untuk lebih manfaat dan pengajaran. Dipersilakan berkongsi dengan yang lain kerana salah satu sifat orang yang beriman itu ialah saling ingat-mengingatkan dan menunjukkan kepada kebaikan. Wallahu’alam.

Be Sociable, Share!
  • Tweet

Video rujukan berkaitan:

Maulid Bulanan Majlis Ta’lim Darul Murtadza: Jun 2014 Burdah Pembukaan Majlis Ta’lim Darul Murtadza 22.08.2014 Majlis Ta’lim 24 Oktober 2014 Maulid Bulanan Majlis Ta’lim Darul Murtadza: Mei 2014
Previous Post Next Post

About The Author

Admin

All Posts by : Admin

Related Articles

Majlis Ta’lim 12 Julai 2019
Majlis Ta’lim 12 Julai 2019
  • July 24, 2019
Majlis Maulid Istimewa Sempena Haul Al Haddad 05 Julai 2019
Majlis Maulid Istimewa Sempena Haul Al Haddad 05 Julai 2019
  • July 8, 2019
Majlis Ta’lim 10 Mac 2017
Majlis Ta’lim 10 Mac 2017
  • September 21, 2017
Majlis Ta’lim 24 Feb. 2017
Majlis Ta’lim 24 Feb. 2017
  • September 21, 2017
Majlis Ta’lim 17 Feb. 2017
Majlis Ta’lim 17 Feb. 2017
  • September 21, 2017
Majlis Ta’lim 10 Feb 2017
Majlis Ta’lim 10 Feb 2017
  • May 30, 2017
Majlis Ta’lim 27 Januari 2017
Majlis Ta’lim 27 Januari 2017
  • April 22, 2017
Majlis Ta’lim 20 Jan 2017
Majlis Ta’lim 20 Jan 2017
  • April 3, 2017
Majlis Ta’lim 30 Sept. 2016
Majlis Ta’lim 30 Sept. 2016
  • January 11, 2017
Majlis Ta’lim 23 September 2016
Majlis Ta’lim 23 September 2016
  • October 18, 2016

Comments are closed.

Ikuti Media Sosial Rasmi Kami:


    Fatal error: Call to undefined function curl_init() in /home/daruaorg/public_html/wp-content/themes/Sakhr/includes/twitteroauth/twitteroauth.php on line 195